Alamat

PENGERUSI PEMBANGUNAN
PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
LOT 11712 JALAN KELANTAN
PEKAN BATU 6
21200 KUALA TERENGGANU
TEL : 09 - 6623308 FAX : 09 - 6623205
EMAIL : pustarkn@gmail.com

iklan

iklan

07 December 2010

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1432

SALAM KEPADA SEMUA, pusat tarbiyah kuala nerus masih mencari dan berusaha untuk terus menghidupkan segala usaha usaha untuk terus mencari dana tambahan untuk mendirikan tapak permulaan untuk mendirikan sebuah pusat tarbiyah yang berkonsep moden dan tidak lari dari apa yang akan dilakukan kepada bangunan ini. keputusan jawatankuasa pusat tarbiyah telah berusaha sedaya upaya untuk terus menjalankan tanggungjawab mengumpul segala dana. pelbagai sudut telah digunakan dan masih belum berjaya mengumpulkan sepertimana yang dikehendaki. pihak jawatankuasa akan tetap terus berusaha sehingga cita cita mendirikan pusat tarbiyah akan terlaksana. semoga kedatangan tahun baru islam membuka sinar baru dan juga lembaran baru untuk jawatankuasa terus mencari sumber sumber.

11 August 2010

ramadhan datang lagi

semoga allah mencuci hati hati kita yang berkarat dengan dosa. ya allah berikanlah kami kekuatan dibulan yang mulia ini untuk mengumpulkan dana untuk membina pusar tarbiyah ini. sudah lama projek ini tergendala dan semoga allah permudahkan perjalanan dan semoga allah memasukkan hati kepada penderma penderma budiman untuk berderma dibulan yang mulia ini. semoga dengan kedatangan bulan ini, derma orang ramai mencurah curah masuk ke tabung pusat tarbiyah ini. ya allah permudahkanlah kepada kami urusan pembinaan ini.

30 June 2010

kerja kerja pembinaan masih tertangguh lagi

kerja kerja pembinaan tapak belum lagi dapat dilaksanakan kerana mengalami banyak masalah. tanah tapak pembinaan dah mulai dibersihkan untuk dimulakan projek pembinaan. kami di pusat tarbiyah amat merasa dukacita dengan keadaan ini yang berterusan. keadaan ekonomi yang lembab mungkin melembapkan lagi proses mencari dana. kami berharap ada pihak tertentu yang akan datang menawarkan diri untuk memulakan projek ini. usaha usaha kearah memulakan pembinaan mengalami masalah diperingkat awal lagi.

pemasangan cerucuk yang dijadualkan di awal bulan mac dan april telah tertangguh lagi. pelbagai cara telah digunakan untuk mencari dana tetapi masih mengalami jalan buntu. derma tidak lagi mencurah seperti biasa. matlamat awal untuk mendirikan tapak akan terus tergendala jika keadaan kewangan terus merudum. kami dah merayu kepada masyarakat supaya membantu kami tapi nampaknya masih menemui jalan buntu

16 May 2010

pelan lantai

terlampau lama tidak diupdate blog ini. ini adalah kerana kerja kerja mencari sumbangan untuk mendirikan tapak, derma dan sumbangan belum mencapai tahap yang memuaskan. derma belum mencurah curah masuk ke akaun derma. mungkin kurang hebahan atau segala bentuk strategi belum berkesan kerana kesempitan masa. lujnah ekonomi belum berfungsi dengan baik kerana kekangan binaan belum masuk fasa pertama dan dan pembersihan tanah dah bermula.

23 March 2010

Majlis makan malam bersama haji mohd sabu di chalet anees -2

gambar sekitar majlis bersama haji mohd sabu

YDP kuala nerus, Ustaz Abu bakar Abdullah bersama sama Haji Mohamad Sabu

Timb. Pengerusi Pusat Tarbiyyah Kuala Nerus, Haji Harun Salleh

Setiausaha Ekonomi Pusat Tarbiyyah, Tuan Chik

Ketua Penerangan  Pas Kuala Nerus, zakaria dagang (berbaju merah)

Majlis makan malam bersama haji mohd sabu di chalet anees

Majlis makan malam dan ramah mesra dengan Haji Mohd Sabu telah diadakan di chalet Aness, Tanjung gelam, Mengabang Telipot, Kuala Nerus Terengganu. Haji mohd sabu yang sentiasa dalam kesibukkan dalam menjalankan tugas tugas beliau masih berkesempatan untuk hadir sama sama dan memberi sedikit ucapan untuk tetamu dan juga penderma penderma bagi membina sebuah Pusat tarbiyyah Kuala Nerus.
semoga allah membalas segala kebaikan kepada penderma penderma didunia dan akhirat.

tetamu dan penderma mengambil makanan

penderma penderma mendengar amanat haji mohd sabu

haji mohd sabu sebelum memberi ucapan

17 March 2010

majlis makan dan ramah mesra bersama haji mohamad bin sabu akan diadakan 23 mac 2010 untuk mencari dana untuk membina dan menyiapakan Pusat tarbiyyah Kuala Nerus. sesiapa yang berminat untuk menghadiri majlis tersebut boleh berhubung dengan nama yang tentera.
 

Tags

Site Info

Followers