Alamat

PENGERUSI PEMBANGUNAN
PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
LOT 11712 JALAN KELANTAN
PEKAN BATU 6
21200 KUALA TERENGGANU
TEL : 09 - 6623308 FAX : 09 - 6623205
EMAIL : pustarkn@gmail.com

iklan

iklan

29 December 2009

Pusat Tarbiyah Kuala Nerus

Pusat Tarbiyah diilhamkan untuk menjadi satu tempat dimana bangunan ini akan dijadikan tempat serbaguna untuk kegunaan masyarakat setempat dan juga kepada sesiapa yang berhajat menggunakan kemudahan yang akan dibangunkan kelak.Pelancaran untuk membina Pusat Tarbiyah ini telah dimulakan pada 22 Ogos 2007. Pembinaan Pusat Tarbiyah ini dimulakan dengan pembelian Tanah. Proses pembelian tanah berlangsung dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil menyebabkan wang yang dicari tidak mencapai matlamat yang telah dirancangkan.
Pada tahun 2008 barulah tanah ini dapat dimiliki sepenuhnya oleh Pusat Tarbiyah Kuala Nerus dengan bantuan derma dari orang ramai. jualan lot-lot tanah dalam bentuk kaki persegi dan juga sumbangan dari dermawan-dermawan. Harga Tanah Pusat Tarbiyah ini bernilai sekitar Rm140,000.00. Proses menukar syarat tanah ini telah dijalankan dan pada akhir tahun 2009 Pelan Rekabentuk bangunan Pusat Tarbiyah Kuala Nerus telah siap dibina.
Projek membina Pusat Tarbiyah akan mula digerakan dengan segala kaedah, samada dalam bentuk sumbangan, majlis makan malam, pelaburan dalam sektor hartanah dan juga melalui derma-derma perseorangan atau juga melalui alam maya, Pihak Pusat Tarbiyah melalui Lujnah Eknomi akan mula bergerak aktif untuk mencari dana untuk mempercepatkan pembinaan Pusat ini. Pusat Tarbiyah ini apabila siap ia akan mengandungi Dewan Muslimin, Dewan Muslimat, pejabat pentadbiran, Bilik mesyuarat dan juga bilik serbaguna.
Sebanyak rm4.7 Juta diperlukan untuk membina Pusat Tarbiyah ini untuk kos keseluruhannya. Pihak pengurusan Pusat Tarbiyah berharap semoga usaha-usaha ini mendapat kerjasama dan juga kepada para penderma-penderma dapat memberi sumbangan dalam usaha untuk menyiapkan Pusat ini. Sokongan dan dokongan dari masyarakat islam amat-amat diperlukan dan ditagih.

0 comments:

Post a Comment

 

Tags

Site Info

Followers