Alamat

PENGERUSI PEMBANGUNAN
PUSAT TARBIYAH KUALA NERUS
LOT 11712 JALAN KELANTAN
PEKAN BATU 6
21200 KUALA TERENGGANU
TEL : 09 - 6623308 FAX : 09 - 6623205
EMAIL : pustarkn@gmail.com

iklan

iklan

01 January 2010

Kata-Kata Aluan Hj Harun Salleh

Projek untuk membina Pusat Tarbiyah Kuala Nerus telah dilancarkan pada 22 Ogos 2007. Menjadi impian pihak Pengurusan dan Pentadbiran Pusat Tarbiyah Kuala Nerus dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pihak kami menjangkakan proses permulaan pembinaan tapak Pusat ini pada 1 Mac 2010. Besar harapan kami agar proses pembinaan ini akan berjalan dengan lancar dengan sokongan dan dokongan daripada orang ramai dan juga penduduk setempat.
Apabila proses pelan lantai telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa,pembinaan ini akan dimulakan dengan kadar segera. Pusat Tarbiyah Kuala Nerus akan dibina mengikut fasa-fasa mengikut keadaan dan juga bergantung kepada kewangan yang akan menjadi halangan utama dalam pembinaan Pusat Tarbiyah ini. Jika halangan dan kekangan ini dapat diatasi Pusat Tarbiyah ini akan dapat disiapkan lebih awal dari tarikh jangkamasa yang ditetapkan.
Bangunan Pusat Tarbiyah ini akan dibina setinggi 4 tingkat yang mana ia akan merangkumi, Pejabat Pengurusan dan Pentadbiran, Dewan orang ramai, Dewan Muslimin dan Dewan Muslimat, Dewan Serbaguna,bilik mesyuarat dan juga tempat tarbiyah untuk kanak-kanak dari awal usia 5 atau 6 tahun ke atas. Menjadi harapan kami, pusat ini akan menjadi satu tempat untuk kanak-kanak islam belajar mengenal agama islam di awal usia, Pendidikan awal islam akan mengukuhkan institusi kekeluargaan yang semakin jauh ditinggalkan oleh masyarakat islam sekarang. Setelah siap Pusat Tarbiyah ini, pihak Pusat Tarbiyah Kuala Nerus telah merangka pelbagai bentuk program kerohanian, keugamaan, program untuk belia, pemuda, pemudi dan juga untuk golongan sasaran akan dianjurkan oleh Pusat Tarbiyah ini. Islam mengajar penganutnya bersifat pemurah dan dermawan. Saya dengan ini menyeru kepada semua orang islam supaya dapat memberikan sedikit sumbangan kepada Pusat Tarbiyah ini samada dalam bentuk wang, tenaga, atau sumbangan berbentuk bahan-bahan binaan seperti besi, simen dan batu bata amatlah dialu-alukan.

0 comments:

Post a Comment

 

Tags

Site Info

Followers